KARNIVAL BELIA SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 DISAMBUT MERIAH

KARNIVAL BELIA SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 DISAMBUT MERIAH

KARNIVAL BELIA SABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2025 DISAMBUT MERIAH

KOTA KINABALU, 17 Mei 2025 - Karnival Belia Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negara 2025  di Kompleks Sukan Kota Kinabalu disambut meriah dengan penglibatan para belia  yang menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang karnival berlansung.

Karnival ini turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor yang telah merasmikan Karnival Belia Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negara sekaligus telah menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sabah  bagi tahun 2025 dan Penyerahan Geran Kepada Ahli Badan Gabungan Majlis Belia Sabah.

Penglibatan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan juga telah memeriahkan lagi karnival ini.

Hadir bersama dalam Majlis Perasmian karnival ini ialah YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Fairuz bin Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan YBrs. Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah.

Terima Kasih kepada semua yang telah menjayakan Karnival Belia Sabah sempena Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2025.

 

YAKIN BOLEH!!!
BELIA SABAH MAJU JAYA!!!

 

Oleh :
Mohamad Safwan Ibrahim
JBS Sabah

Image
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sabah

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search