- JBS Sabah
- Hits: 89
SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2025 MERIAH
- JBS Sabah
- Hits: 89
SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN PANTAI BARAT 2025 MERIAH
15 MEI 2025, PUTATAN – Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2025 mendapat sambutan yang sangat meriah dikalangan para belia dan masyarakat setempat.
Program yang dilaksanakan dengan konsep mini karnival dan santai telah menarik 612 orang peserta untuk hadir menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Program Semarak HBN ini telah diselaraskan oleh Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat dan kali ini dilaksanakan dengan kolaborasi bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan dan KBSS Pantai Barat Selatan serta rakan strategik NGO iaitu Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil bersama NGO dan warga belia daerah Putatan.
Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2025 telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Isquzawan Israq Bin Dato’ Seri Dr.Arsit, Ahli Jemaah Pengarah Peladang Muda Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan merangkap Penasihat Kelab Belia Inovasi Kampung Sendil Putatan.
Hadir bersama dalam majlis perasmian, Ybhg. Dato’ Seri Dr Hj Arsit Bin Sedi, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan, Tuan Abdul Hasrul Bin Sulaiman
Pengurus Besar, Pertubuhan Peladang Kawasan Putatan, Puan Dayangku Rahimah Binti Pg.Hassan Pegawai Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Tuan Mahadzir Majid, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, N24 Tanjung Keramat dan Tuan Latip bin Jiar@Abdul Latip, Pemimpin Pembangunan Masyarakat, N23 Petagas.
Oleh :
Sukarnih Sidik
PBSB Pantai Barat
