- JBS Perlis
- Hits: 9
JOM SERTAI RAKAN LITAR MOTO CUB TRACKDAY PERINGKAT NEGERI PERLIS 2026!
- JBS Perlis
- Hits: 9
Ingin merasai pengalaman menunggang di litar dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan penuh aksi? Ayuh sertai Rakan Litar Moto Cub Trackday Peringkat Negeri Perlis 2026 yang menghimpunkan peminat sukan permotoran dari seluruh negeri.
Pendaftaran adalah PERCUMA
Penyertaan TERBUKA
Terhad kepada 100 peserta sahaja
Terbuka kepada peserta berumur 12 tahun dan ke atas
Berpeluang menyertai sesi bersama pelumba Cub Prix jemputan
Latihan Bebas, Time Attack serta Fun Race bagi kategori Novice dan Expert
Tarikh Program: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dataran D, Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis
Daftar sekarang dengan mengimbas Kod QR yang disediakan pada poster.
Sila lengkapkan pendaftaran sebelum atau pada 6 Ogos 2026.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Zawir: 012-485 5294
Syarat Penyertaan: • Peserta berumur 12 tahun dan ke atas sahaja.
• Peserta berumur di bawah 17 tahun hendaklah hadir bersama ibu bapa atau penjaga.
• Peserta wajib memakai kelengkapan keselamatan yang lengkap seperti helmet full face, jaket riding, glove, pad siku, pad lutut dan kasut bertutup.
• Motosikal mestilah berada dalam keadaan baik serta selamat untuk digunakan di litar.
• Motosikal 2T tidak melebihi 150cc.
• Motosikal 4T tidak melebihi 200cc.
Tempat adalah terhad kepada 100 peserta sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menguji kemahiran, menimba pengalaman di litar dan berinteraksi bersama pelumba jemputan. Daftar segera sebelum tarikh tutup pendaftaran pada 6 Ogos 2026 atau sebelum kuota dipenuhi!
