- JBS Perlis
- Hits: 31
RAKAN EKSPRESI : PENTAS BAKAT SENI SEMPENA HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERLIS 2025 MULA MEMBUKA TIRAI
- JBS Perlis
- Hits: 31
Padang Besar 17 Mei - Program Rakan Ekspresi : Pentas Bakat Seni telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Dataran Boulevard Kampus Uniciti Alam dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Perlis bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perlis Tahun 2025.Antara pertandingan yang diadakan adalah Pertandingan Battle Of The Band,Pertandingan Puisi dan Lagu, dan Pertandingan Tarian RampaianProgram ini bertujuan memberi ruang kepada belia-belia untuk mengekspresikan bakat dan potensi diri mereka dalam bidang seni secara lebih mendalam dan mengetengahkan kebolehan mereka pada saluran yang betul.Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis, Puan Maznah bt Musa
