KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN(KLAS) RENANG FASA 4 PERINGKAT NEGERI PERLIS 2024

Kangar, 29 Disember 2024 - Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 4 sebanyak 3 siri bagi Kategori Keluarga B40 Peringkat Negeri Perlis 2024 telah menutup tirainya

pada hari ini bertempat di RNJ Swimming Academy, Arau.Objektif program ini antaranya adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan

selamat serta mengatasi ketakutan dalam air melalui kombinasi sistem sokongan secara berperingkat sehingga peserta mahir dan selesa berada dalam air. Selain itu, peserta

diterapkan kemahiran individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka dan membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat

dan dapat membantu mengurangkan stress dan risiko penyakit.Sijil penyertaan peserta dan Penghargaan kepada semua jurulatih renang bagi Siri 1 disampaikn oleh Encik Fauzi

bin Abdullah Saleh,Pegawai Belia Dan Sukan dan bagi siri 2 dan 3 disampaikan oleh Alzrie Helery Tisin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Negeri Perlis mewakili Pengarah

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD FIRDAUS AMIN BIN ABDULLAH (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)

DISUNTING OLEH : ENCIK DZIYAUL AZHAN BIN ABDUL RAHMAN  (PENTADBIR PORTAL)

 

Image
Jalan Hospital,
Pusat Bandar Kangar,
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9793505 | Fax : 04-9762555

Email : jbsnperlis@kbs.gov.my
Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-perlis

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 28-10-2025, 09:04:46

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search