- JBS Perak
- Hits: 27
LAWATAN TAPAK PROJEK MENAIKTARAF KOMPLEKS SUKAN ASTAKA BUNGA RAYA LENGGONG
- JBS Perak
- Hits: 27
LENGGONG, 13 MAC 2026 – Kemudahan sukan yang baik menjadi nadi utama dalam memastikan pembangunan sukan di daerah terus meningkat maju. Bukan hanya untuk kegunaan masyarakat setempat malah ianya menjadi pusat dalam penganjuran apa jua aktiviti sukan selain boleh menjana ekonomi kepada pihak yang menguruskan.
Justeru itu, dalam memastikan permohonan Projek Menaiktaraf Kompleks Sukan serta Kemudahan Sukan Padang Astaka Bunga Raya Lenggong diberi perhatian serta penekanan yang lebih baik, satu sesi lawatan tapak telah diadakan diantara Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Lenggong dengan Majlis Daerah Lenggong. Lawatan tapak ini merupakan peringkat awal dalam melihat keadaan keseluruhan kawasan untuk dipanjangkan ke peringkat KBS.
Menurut Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Lenggong, Hajar Mohamed Ghazali, projek menaiktaraf ini amat diperlukan memandangkan kawasan ini merupakan pusat utama dalam penganjuran sukan di Daerah ini. Pelbagai agensi turut menggunakan fasiliti ini termasuk Pejabat Belia Dan Sukan sendiri memandangkan kedudukan yang strategik dan merupakan satu-satunya Padang Awam yang ada didaerah ini.
Disediakan oleh : Unit Sukan, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Lenggong
