PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI PERAK 1447H /2026M

PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI PERAK 1447H /2026M

Ipoh, 7 Mac 2026- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Masjid An- Nur, Ulu Kinta dan penglibatan serta sokongan dari 20 Agensi Persekutuan dan negeri serta
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berjaya melaksanakan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Perak 1447H /2026M
Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan edisi 1447H yang diadakan pada 17 Ramadan 1447 bersamaan Hari Nuzul Al- Quran diserikan dengan Majlis Tadarus dan Khatam Al - Quran yang disertai oleh 350 orang belia dan beliawanis dari seluruh daerah di negeri Perak , Sekretariat Rakan Muda IPT, pelajar Universiti dan Kolej , Institut Latihan Kemahiran Belia berhampiran serta persatuan belia / kelab Rakan Muda.

Turut diadakan sempena program ini adalah Program Mengacau Bubur Lambuk Rakan Muda, Pertandingan Bacaan Khutbah Peringkat Negeri Perak , Pertandingan Azan dan Iqamah Peringkat Negeri Perak, Tazkirah Ramadan, Tahlil Ringkas dan Iftar Rakan Muda.
YB Dato’ Khairuddin Bin Haji Abu Hanipah , Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan turut meluangkan masa beramah mesra bersama komuniti Belia yang hadir di Program Rakan Masjid x Rakan Muda Ramadan 2026.

Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja , Dato’ Ab.Wahab Bin Dato’ Seri Azizul Hassan, Orang Besar Jajahan Kinta.

Program ini telah berjaya menghimpunkan 500 orang Belia dan Beliawanis dari seluruh negeri Perak. Sekalung ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini

#rakanmudaofficial
#jbsnegara
#jbsnperak
#mbi
#yadim
#malaysiamadani

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search