KUNJUNG HORMAT KELAB OLAHRAGA BAGIRUN KE JBSN PERAK
IPOH 24 FEBRUARI 2026-Satu sesi kunjung hormat telah berlangsung daripada Kelab Olahraga Bagirun ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dalam berkongsi pengalaman dan hala tuju kelab seiring pembudayaan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di negeri Perak. Kehadiran En. Khairul Amnan bin Osman selaku Pengerusi Kelab Olahraga Bagirun bersama delegasinya telah berkongsi serba sedikit aktiviti yang telah dilaksanakan dengan jayanya dibawah pengelolaan kelabnya.
Pada sesi kunjung hormat ini, En. Mohd Haffez bin Hussein selaku Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak berserta ahli pengursan tertinggi Jbsn Perak yang lain juga hadir bagi sama-sama berkongsi pendapat dan pengalaman dalam merancakkan lagi aktiviti gaya hidup sukan kepada masyarakat.
#jbsnperak
#MalaysiaMadani
#JBSNKomited
#jbsnegara
#TeamJBSN
#beliaperak
