- JBS Perak
- Hits: 30
PROGRAM JELAJAH RAKAN MASJID PERINGKAT NEGERI PERAK MELABUHKAN TIRAI
- JBS Perak
- Hits: 30
PROGRAM JELAJAH RAKAN MASJID PERINGKAT NEGERI PERAK MELABUHKAN TIRAI
IPOH, 14 Februari 2026– Program Jelajah Rakan Masjid Peringkat Negeri Perak telah diadakan di Masjid Muhammad Al Fateh, Ipoh bagi mengimarahkan masjid sebagai institusi pembangunan ummah seterusnya menarik penglibatan masyarakat khususnya golongan belia dan anak muda melalui aktiviti belia, rakan muda dan sukan.
Dianggarkan seramai 300 orang telah hadir ke masjid bagi menyertai aktiviti yang diadakan seperti Kuliah Subuh, Wheels on Wellness , Senaman Warga Emas, Pameran Rakan Muda, kaunter semakan komposisi Tubun badan, Pertandingan Azan bagi kategori Sekolah rendah dan Menengah, dan Pertandingan Esport Mobile Legend dan Mobile Football.
Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi dan berakhir jam 2 petang ini mendapat kerjasama dari Masjid Muhammad Al Fateh, Ipoh selaku tuan rumah pada kali ini dan mendapat sokongan penuh daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak, Majlis Sukan Negeri Perak, Yayasan Perak, dan ESport Perak.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Omar bin Osman, Timbalan Pengerusi JKK Masjid Muhammad Al-Fateh, Mohd Syaiful Fahmi Bin Mohd Salleh
Penolong Pengarah Kanan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dan Ustaz Hj Firdaus bin Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid di Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
#jbsnperak
#JBSNkomited
#BeliaPerak
#MalaysiaMadani
