JELAJAH RAKAN MUDA @ TAMAN BATIK 2026
SUNGAI PETANI, KEDAH, 14 FEBRUARI 2026- En, Mohd Hafeez bin Hussien, Timbalan Pengarah Belia, JBSN Perak telah hadir ke Peluncuran Kalendar Mega Rakan Muda 2026 yang telah disempurnakan oleh Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan sempena Jelajah Rakan Muda @ Taman Batik 2026, hari ini.
Pendekatan program secara berterusan sepanjang tahun menjadi komitmen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai platform strategik untuk mendekati belia serta memperkasa pembangunan komuniti di peringkat akar umbi secara inklusif.
Menerusi inisiatif Rakan Muda, KBS akan memberi tumpuan kepada pelbagai dimensi pembangunan belia merangkumi aspek kesukarelawanan, kesihatan, kemahiran, keusahawanan, kreativiti, kelestarian alam sekitar dan kepimpinan belia.
Hadir sama di majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS serta YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
