SESI LIBAT URUS PROGRAM JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA TAHUN 2026

SESI LIBAT URUS PROGRAM JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA TAHUN 2026

EASTIN HOTEL PULAU PINANG, 11 -12 FEBRUARI 2026-Telah berlangsung sesi libat urus mengenai pelaksanaan program-program Jabatan Belia dan Sukan Negara untuk sepanjang tahun 2026 yang telah dihadiri oleh Pengarah, Timbalan Pengarah Belia, Penolong Pengarah Sukan dan Penolong Pengarah Rakan Muda dari seluruh negeri dalam melihat semula secara keseluruhan program-program yang dirancang untuk tahun 2026 supaya manfaatnya dapat dirasai dan dinikmati oleh belia-belia diperingkat akar umbi dalam membentuk pembangunan modal insan yang holistik dan dinamik.

Turut hadir dalam sesi ini ialah Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Yang Berusaha Puan Azura binti Abidin yang telah menyampaikan amanat penting dalam memastikan setiap Program Pembagunan Belia, Program Pembangunan Sukan dan Program Pembangunan Rakan Muda berpaksikan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dalam melahirkan belia yang positif.

#jbsperak
#JBSNKomited
#jbsnegara
#rakanmuda
#MalaysiaMadani
#yakinboleh

Image
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Perak,
Jalan Ghazali Jawi,
31400 Ipoh Perak.
Tel : 05-5489500/05-5489501 | Fax : 05-5489504

jbsnperak@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-perak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search