Pemeriksaan Aset Tahun 2026 - PBSD SPT

Bukit Mertajam, 24 Julai 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah (PBSD SPT). Telah berlangsung sesi Pemeriksaan Aset Tahun 2026 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah (PBSD SPT) pada 24 Julai 2026.

Pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua aset kerajaan berada dalam keadaan baik, direkod dengan tepat serta mematuhi tatacara pengurusan aset yang telah ditetapkan. Proses semakan melibatkan pengesahan fizikal aset, kemas kini rekod serta verifikasi lokasi aset bagi memastikan pengurusan aset jabatan sentiasa teratur, cekap dan berintegriti.

Diharapkan pelaksanaan pemeriksaan ini dapat memperkukuhkan sistem pengurusan aset di PBSD SPT selaras dengan amalan tadbir urus yang baik demi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#kbsmalaysia #jbsnpp #pbsdspt #auditaset

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 04-11-2026, 17:59:46

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search