- JBS Penang
- Hits: 12
Program Rakan Prihatin Sukarelawanan Rakan Muda
- JBS Penang
- Hits: 12
Bukit Mertajam, 20 Jun 2026 - Program Rakan Prihatin Sukarelawanan Rakan Muda merupakan satu inisiatif strategik dalam memastikan kesinambungan pembangunan budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia. Program ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada komuniti sasaran malah berperanan sebagai platform pembentukam modal insan.
Siri 1/2026 Program Prihatin Sukarelawanan Rakan Muda Daerah Seberang Perai Tengah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas(PAWE) Permatang Pauh dan Surau Al- Mashoor Tanah Liat.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Muhammqd Hamdi Bin Md Noor - Pegawai Penyelaras KADUN Permatang Pasir. Turut hadir Ustaz Mohammad Fadzil Bin Alias Pengarah YADIM Pulau Pinang, Cikgu Salim Bin Shariff - Pengerusi PAWE Permatang Pauh dan Puan Mazlina Bt Maming Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.
