Penyampaian Hadiah Pertandingan Doodle Art Sempena Hari Belia Negara 2026 Pulau Pinang

Permtanag Pauh, 13 Jun 2026 - Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Doodle Art sempena Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah berjaya menampilkan hasil karya kreatif, unik dan penuh imaginasi.

Pertandingan ini menjadi platform kepada golongan belia untuk mengetengahkan bakat serta kreativiti dalam bidang seni visual melalui penghasilan karya yang mencerminkan idea, ekspresi dan pandangan mereka terhadap pelbagai tema yang diketengahkan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah berlangsung dalam suasana meriah dan penuh penghargaan sebagai pengiktirafan terhadap usaha, komitmen serta kreativiti yang dipamerkan sepanjang pertandingan.

Semoga penganjuran program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat seni dalam kalangan belia serta menggalakkan lebih ramai anak muda untuk berkarya dan berinovasi.

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah menjayakan Pertandingan Doodle Art HBN 2026.

#HariBeliaNegara2026 #HBN2026 #DoodleArt #SeniKreatif #BeliaPulauPinang JBSPulauPinang MalaysiaMADANI BeliaPemangkinNegara FiestaRakanMuda2026

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search