Majlis Penutup Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026

Permatang Pauh, 13 Jun 2026 - Majlis Penutup Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang telah disempurnakan oleh YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan dan menyampaikan Dana Sukan Komuniti Negeri Pulau Pinang 2026 serta Bantuan Kepada Pertubuhan Belia Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 sebagai usaha memperkukuh pembangunan sukan komuniti dan memperkasakan gerakan pertubuhan belia di negeri ini.

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini menghimpunkan ribuan belia dari seluruh negeri Pulau Pinang dan menjadi kemuncak kepada pelbagai aktiviti serta program yang dianjurkan sepanjang sambutan Hari Belia Negara 2026. Turut diraikan adalah individu dan pertubuhan belia yang telah menunjukkan kecemerlangan serta komitmen tinggi dalam pembangunan belia menerusi pengiktirafan Anugerah Perdana Belia Negara.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan serta sokongan yang diberikan melalui pelbagai inisiatif ini akan terus memperkasa belia, pertubuhan belia dan komuniti setempat dalam menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

  13 Jun 2026
  UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh

#HBN2026 #HariBeliaNegara2026 #FiestaRakanMuda2026 #IniMasaKita #BeliaMadani PulauPinang APBN2026 DanaSukanKomuniti KBSMalaysia JBSNPP

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search