Konsert Cherpen Band Meriahkan Hari Belia Negara 2026 Pulau Pinang

Permatang Pauh, 13 Jun 2026 - Suasana malam Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang terus meriah dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Cherpen Band yang berjaya menarik perhatian serta menghiburkan para pengunjung yang hadir.

Persembahan bertenaga yang disajikan mendapat sambutan hangat daripada para peminat dan pengunjung, dengan nyanyian serta sorakan yang bergema sepanjang konsert berlangsung. Kehadiran ramai belia dan masyarakat setempat turut menyemarakkan lagi suasana Fiesta Rakan Muda 2026 yang berlangsung di UiTM Cawangan Permatang Pauh.

Program hiburan seperti ini bukan sahaja menjadi medium santai untuk belia berkumpul dan berinteraksi, malah turut melengkapkan pengisian Hari Belia Negara 2026 yang menampilkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan berlangsung.

Jangan lepaskan peluang untuk terus memeriahkan Hari Belia Negara 2026 kerana esok bakal menampilkan persembahan daripada Kelangit Band yang pastinya menjanjikan hiburan yang tidak kurang hebatnya.

#HariBeliaNegara2026 #HBN2026 #FiestaRakanMuda2026 #CherpenBand #KelangitBand BeliaPulauPinang JBSPulauPinang MalaysiaMADANI BeliaPemangkinNegara PulauPinang UiTMPermatangPauh

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search