- JBS Penang
- Hits: 13
Aktiviti Komuniti dan Rekreasi Sempena Hari Belia Negara 2026 Pulau Pinang
- JBS Penang
- Hits: 13
Permatang Pauh, 13 Jun 2026 - Pelbagai aktiviti komuniti dan rekreasi telah diadakan bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Negeri Pulau Pinang, antaranya permainan Beyblade, Kereta Dash & Koro serta perkhidmatan gunting rambut percuma yang mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung.
Aktiviti permainan Beyblade dan Kereta Dash & Koro berjaya menarik minat kanak-kanak, remaja serta golongan belia yang hadir, sekali gus mewujudkan suasana penuh ceria, kompetitif dan mesra keluarga. Selain mengimbau nostalgia, aktiviti ini turut menjadi medium interaksi dan mengeratkan hubungan dalam kalangan peserta serta pengunjung.
Dalam masa yang sama, perkhidmatan gunting rambut percuma yang disediakan turut menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat secara langsung kepada pengunjung, malah mencerminkan semangat kesukarelawanan dan khidmat komuniti yang menjadi teras pembangunan belia.
Penganjuran aktiviti-aktiviti ini berjaya menambahkan kemeriahan sambutan Hari Belia Negara 2026 serta membuktikan bahawa program yang berkonsepkan inklusif mampu menarik penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.
#HariBeliaNegara2026 #HBN2026 #Beyblade #KeretaDashDanKoro #BarberPercuma KhidmatKomuniti BeliaPulauPinang JBSPulauPinang MalaysiaMADANI BeliaPemangkinNegara
