- JBS Penang
- Hits: 18
Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026
- JBS Penang
- Hits: 18
Permatang Pauh, 14 Jun 2026 - Bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang telah berlangsung Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir yang berlangsung hari ini berjaya menghimpunkan penyertaan belia dari pelbagai latar belakang bagi meningkatkan kesedaran serta pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan peribadi yang bijak dan berhemah.
Melalui sesi perkongsian, simulasi pengurusan kewangan serta konsultasi kewangan yang disediakan, para peserta didedahkan dengan kaedah membuat perancangan kewangan yang lebih teratur, sekali gus membantu mengelakkan masalah hutang berlebihan dalam kalangan belia.
Program yang berlangsung di Perpustakaan Tunku Abdul Rahman, UiTM Cawangan Permatang Pauh ini turut memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan panduan secara langsung daripada pihak yang berpengalaman dalam bidang kewangan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, urus setia serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini demi melahirkan generasi belia yang lebih celik kewangan dan berdaya saing.
#HariBeliaNegara2026 #BeliaBebasHutang #RakanMahir #JBSNegara #BeliaMadani PulauPinang UiTMPermatangPauh
