- JBS Penang
- Hits: 11
Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Siri 1 Daerah Seberang Perai Utara 2026
- JBS Penang
- Hits: 11
TASEK GELUGOR, 5 Julai 2026 - Program Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Siri 1 Daerah Seberang Perai Utara 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya melalui penglibatan 40 orang belia setempat serta pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugor.
Program diisi dengan aktiviti gotong-royong pembersihan kawasan sekitar taman dan padang terutamanya gelanggang sepak takraw yang digunakan oleh belia setempat pada setiap petang.
En. Mohd Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU telah menyempurnakan simbolik penyerahan peralatan pembersihan dengan dihadiri oleh En. Faizul Azri bin Abdul Raof, Pensyarah Kolej Komuniti Tasek Gelugor, En. Mohammad Taufik bin Mazlan, Pengerusi KRT Taman Koskam dan En. Muhamad Fitri bin Shahira, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tasek Gelugor.
Program dilaksanakan dengan kerjasama erat oleh PBSD SPU, GB4B (M) Kawasan Tasek Gelugor, KRT Taman Koskam dan Kolej Komuniti Tasek Gelugor.
#rakanmudaSPU #pbsdspu #jbsnpp #jbsnegara #KBSMalaysia
