- JBS Penang
- Hits: 9
Perasmian Hari NetFit Internal Family Match 2026
- JBS Penang
- Hits: 9
Kepala Batas, 4 JUL 2026 - Kelab Bola Jaring Nuri Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Hari Netfit Internal Family Match 2026 bertempat di Gelanggang Bola Jaring Wisma UMNO Bertam. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim diantara 2 cawangan iaitu Pulau Pinang dan Kedah.
Kejohanan ini melibatkan kategori 8-9 tahun, 10-11 tahun, 12-13 tahun, 14-15 tahun dan Acara Fun Game untuk ibubapa.
Diharapkan kejohanan ini dapat menarik lebih ramai lagi minat belia dalam sukan bola jaring, dan menjadi wadah serta platform terbaik menghimpunkan komuniti belia pelbagai peringkat umur dalam acara sukan yang sihat ini.
Turut hadir memberi sokongan, Encik Mohd Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU yang turut menyampaikan kata-kata semangat kepada semua peserta yang bertanding.
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI PULAU PINANG
#JBSNPP
#PBSDSPU
