- JBS Penang
- Hits: 24
PBSD Barat Daya Terima 2 orang Sykarelawan Teraju Muda
- JBS Penang
- Hits: 24
GELUGOR, 24 Jun 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menerima kehadiran dua orang Sukarelawan Teraju Muda yang melapor diri di pejabat ini, iaitu Muhammad Rafie Marzuki dan Muhammad Adam Zamzami.
Dalam sesi tersebut, kedua-dua sukarelawan telah menerima amanat daripada En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya. Beliau menasihatkan agar sukarelawan sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi, berdisiplin serta proaktif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
Selain itu, sesi berkenaan turut diisi dengan pengenalan kepada pegawai-pegawai di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya. Sukarelawan Teraju Muda merupakan inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang direka khas untuk melahirkan belia berumur 18 hingga 30 tahun yang aktif dalam kepimpinan, pembangunan komuniti dan aktiviti kesukarelawanan.
Semoga kehadiran sukarelawan ini dapat memberi nilai tambah kepada pelaksanaan program belia dan sukan di Daerah Barat Daya.
#TeamPBSDBaratDaya #TerajuMuda #JBSNBersama #MADANIBekerja #RakanMuda #MalaysiaMadani
