Mesyuarat Pengurusan Bil. 6/2026 PBSD Daerah Barat Daya

GELUGOR, 23 Jun 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil. 6/2026 yang dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh barisan kakitangan pejabat bagi membincangkan strategi perancangan serta pelaksanaan program yang melibatkan pembangunan belia dan Rakan Muda di daerah Barat Daya.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada penyelarasan gerak kerja, persediaan pelaksanaan program serta pemantapan peranan pejabat dalam memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam masa terdekat.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya komited untuk terus memperkasakan pembangunan belia melalui pelaksanaan program yang terancang, inklusif dan memberi impak kepada komuniti setempat.

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #rakanmuda #menggerakbelia #MalaysiaAktif #MalaysiaMadani #MADANIBekerja

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search