Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Barat Daya

BALIK PULAU, 18 JUN 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah melaksanakan Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Barat Daya yang melibatkan seramai 40 orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) serta pelajar pendidikan khas di Daerah Barat Daya bertempat di Dewan Al-Khawarizmi, SMK Pondok Upeh.

Program ini menjadi platform bagi menggalakkan penyertaan golongan OKU dan pelajar pendidikan khas dalam aktiviti pembangunan bakat, sukan dan potensi diri. Pelaksanaan program ini turut memberi ruang kepada para peserta untuk menonjolkan kebolehan, membina keyakinan serta mendapat pendedahan melalui bimbingan jurulatih sukan para.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, En. Shukur bin Ibrahim, Penolong PPD Unit Pendidikan Khas, Pn. Sharifah binti Sa'adon, Pegawai Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang, serta barisan jurulatih sukan para.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha sebegini dapat terus memperkasa pembangunan bakat dan penyertaan aktif golongan OKU serta pelajar pendidikan khas dalam bidang sukan.

#TeamPBSDBaratDaya #TeamJBSPenang #JBSNKomited #YakinBoleh #paralimpik #MalaysiaMadani #Inspireitalent

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search