Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Barat Daya 2026

BAYAN BARU, 10 JUN 2026 - Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Barat Daya 2026 telah berlangsung dengan jayanya di SMK Raja Tun Uda, menghimpunkan golongan belia, pelajar serta pelbagai agensi dalam suasana penuh semangat, aktif dan bermanfaat.

Program telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Tuan Fahmi bin Zainol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak. Turut hadir memeriahkan program ialah En. Sabli bin Kamarolzaman; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation; Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya; Pn. Sharipatul Asilah binti Sulaimann, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Raja Tun Uda, En. Vincent Tan Chor Lim; Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, En. Muhammad Danial bin Alimin; YDP Majlis Belia Daerah Barat Daya, ketua-ketua serta wakil agensi Daerah Barat Daya dan para guru SMK Raja Tun Uda.

Beberapa aktiviti menarik telah dianjurkan bersempena sambutan ini. Di bawah segmen Malaysia Aktif, dua acara telah dipertandingkan iaitu Kickboxing Fitness Challenge dan Netball Shoot Out yang berjaya menarik penyertaan serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan belia. Sementara itu, segmen Kesenian dan Muzik turut dimeriahkan dengan persembahan Live Busking yang menampilkan bakat kreatif pelajar SMK Raja Tun Uda.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat belia terus diperkasa dan menjadi pemangkin kepada pembangunan komuniti yang lebih progresif dan sejahtera. "Menggerak Belia" daerah Barat Daya !

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #menggerakbelia #RakanMuda #MalaysiaMadani

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search