- JBS Penang
- Hits: 17
Kunjungan hormat daripada Presiden Kelab Renang Nusantara, En. Amin.
- JBS Penang
- Hits: 17
GELUGOR, 3 JUN 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Kelab Renang Nusantara, En. Amin.
Kelab Renang Nusantara merupakan kelab sukan yang baharu diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada bulan lalu. Sesi pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan mengenai hala tuju serta perancangan kelab dalam usaha memperkukuhkan pembangunan akar umbi sukan renang di daerah Barat Daya.
Turut dikongsikan adalah penerangan dan panduan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation berkaitan peluang kerjasama, pembangunan atlet muda serta penglibatan komuniti dalam aktiviti sukan renang. Turut hadir sama En. Muhamad Fahim bin Suhaimi, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya.
PBSD Barat Daya mengucapkan tahniah atas penubuhan Kelab Renang Nusantara dan berharap kelab ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan renang serta melahirkan lebih ramai bakat baharu di daerah Barat Daya.
#TeamPBSDBaratDaya #KelabRenangNusantara #JBSNKomited #MalaysiaAktif #SukanRenang #MalaysiaMadani
