- JBS Penang
- Hits: 17
Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya 2026
- JBS Penang
- Hits: 17
BALIK PULAU, 9 Mei 2026 - Penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya bagi tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dan berjalan dengan sangat lancar!
Pada tahun ini, saingan cukup sengit dengan tiga (3) acara sukan utama yang dipertandingkan iaitu:
Futsal Lelaki
Bola Tampar Lelaki
Bola Jaring Wanita
Lebih istimewa, edisi kali ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik yang telah sudi meluangkan masa hadir untuk merasmikan acara Bola Jaring Wanita bertempat di venue Gelanggang Futsal Titi Teras, Balik Pulau. Terima kasih YB Dato' atas sokongan berterusan kepada pembangunan sukan komuniti!
Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding! Semangat kesukanan yang ditunjukkan amat membanggakan. Berikut adalah senarai keputusan penuh bagi semua acara yang dipertandingkan:
BOLA TAMPAR LELAKI
Johan: Penang Old Boys
Naib Johan: Jerung VC
Ketiga Bersama: HMVC A & HMVC B
FUTSAL LELAKI
Johan: PDC Panthers
Naib Johan: AJ Junior 'C'
Ketiga Bersama: Venom FT & AJ FC 'D'
BOLA JARING WANITA
Johan: BS Storm
Naib Johan: Crusher
Ketiga Bersama: Cempaka & ASTRA Nc
Jutaan terima kasih juga kepada semua urusetia, pengadil, para penyokong, dan komuniti sukan yang memeriahkan program pada kali ini. Majulah sukan untuk daerah Barat Daya!
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaAktif #RakanMuda #MalaysiaMadani
