Kunjungan Hormat Kelab Belia Bersatu Balik Pulau Ke PBSD Barat Daya

GELUGOR, 12 Mac 2026 - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation telah menerima kunjungan daripada En. Abdul Majeed bin Shaik Abdul Kader, wakil Kelab Belia Bersatu Balik Pulau sebuah kelab belia yang diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) bulan lepas.

Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama dalam penganjuran pelbagai program pembangunan belia di daerah ini. Turut dibincangkan adalah berkaitan peluang permohonan Dana Sukan Komuniti (DSK) KBS bagi menyokong penganjuran program sukan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Diharapkan kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak serta membuka lebih banyak ruang penglibatan belia dalam aktiviti yang berimpak positif kepada komuniti.

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #Belia #MalaysiaMadani

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search