- JBS Penang
- Hits: 19
Rakan Muda Ramadan : Tadarus Al-Quran Rakan Muda Daerah Barat Daya
- JBS Penang
- Hits: 19
BALIK PULAU, 4 Mac 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama SMK Pondok Upeh telah melaksanakan program Tadarus Al-Quran sempena program Rakan Muda Ramadan X Rakan Masjid Peringkat Daerah Barat Daya yang berlangsung di Surau Raudhatul Jannah, SMK Pondok Upeh.
Program ini melibatkan penyertaan seramai 100 orang pelajar dan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan dengan pengisian aktiviti tadarus Al-Quran secara berkumpulan.
Pelaksanaan program ini bertujuan mengimarahkan bulan Ramadan di samping memupuk minat dan kecintaan golongan belia terhadap Al-Quran serta menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti kerohonian di peringkat komuniti dan sekolah.
Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda.
#TeamPBSDBaratDaya #RakanMuda #RakanMasjid #Ramadan #MalaysiaMadani
