- JBS Penang
- Hits: 10
Majlis Penutup & Penyampaian Sijil KLAS Renang Fasa 3 Siri 2/2026 Daerah Barat Daya
- JBS Penang
- Hits: 10
BAYAN BARU, 15 Februari 2026 – Program Kelas Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3 Siri 2/2026 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Bandaraya Relau melabuhkan tirainya dengan sesi penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.
Seramai 40 kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun telah berjaya menamatkan enam (6) sesi latihan yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Renang Amatur Negeri Pulau Pinang (PASA).
Sesi penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesungguhan para peserta sepanjang program berlangsung.
Semoga ilmu dan kemahiran asas renang yang diperoleh menjadi asas kukuh untuk terus aktif dalam sukan renang serta mengamalkan gaya hidup sihat.
#TeamPBSDBaratDaya #JBSNBersama #KLASRenang #MalaysiaAktif #RakanMuda #PASA #MalaysiaMadani
