kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Sekretariat Rakan Muda Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

GELUGOR, 12 Februari 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya telah menerima .kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan Sekretariat Rakan Muda Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang

Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta panduan teknikal berkenaan perancangan penganjuran acara larian yang akan dianjurkan oleh pihak sekretariat tidak lama lagi.

Sesi konsultasi ini telah disampaikan oleh En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya. Turut hadir sama dalam sesi ini adalah En. Muhammad Fahim bin Suhaimi, Pegawai Unit Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya.

Pihak PBSD Barat Daya sentiasa menyokong inisiatif mahasiswa dalam menyemarakkan gaya hidup sihat dan memperkasakan agenda Rakan Muda di peringkat institusi pengajian tinggi. Semoga penganjuran acara larian Sekretariat Rakan Muda USM berjalan lancar dan sukses !

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #RakanMuda #sekretariatrakanmuda #MalaysiaMadani #usmpenang #funrun

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search