Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Barat Daya

BALIK PULAU, 11 Februari 2026 – Program Rakan Muda Ramadan merupakan program ikonik Kementerian Belia dan Sukan untuk menarik minat golongan belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dengan pengisian aktiviti kerohanian.

Dalam memastikan program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Barat Daya tahun ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari golongan belia di daerah Barat Daya, satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan bersama Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya dan pihak pengurusan SMK Pondok Upeh bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Pondok Upeh, Balik Pulau.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn. Haji Ahmad Zailani bin Mohamad Salleh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Pondok Upeh dan mesyuarat diteruskan dengan pembentangan konsep dan pengisian program yang disampaikan oleh En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya.

Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah Tn. Haji Che Mazlan bin Che Mat; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya, Pn. Nadzirah binti Omar; Penolong PPD Unit Hem PPD Barat Daya dan Pn. Nur Amalina binti Zainon; Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda PBSD Barat Daya.

#RakanMuda #YakinBoleh #JBSNBersama #TeamPBSDBaratDaya #RakanMuda #MalaysiaMadani #Ramadan

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 17:13:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search