- JBS Penang
- Hits: 38
Pra Pendaftaran Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (Klas) Fasa 1 Kategori Kanak-Kanak B40 Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 Kini Dibuka
- JBS Penang
- Hits: 38
Bukit Mertajam, 5 Mei 2026 - Pra Pendaftaran Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (Klas) Fasa 1 Kategori Kanak-Kanak B40 Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 Kini Dibuka. Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan inisiatif KBS dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas di seluruh negara. Program ini diharap dapat memberikan pendedahan asas berenang kepada peserta (learn to swim)
Bagi Fasa 1/26, program ini terbuka kepada Kanak-kanak daripada keluarga B40 berumur 6 hingga 12 tahun (Bukan daripada golongan OKU) Seberang Perai Utara, Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah.
Sekiranya tuan/ puan berminat untuk mendaftar, boleh mengisi borang ini bagi pra-pendaftaran program KLAS Renang. Peserta yang terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program. Sila klik pautan pendaftaran untuk mendaftar atau imbas code QR bagi mendapatkan senarai lokasi dan maklumat lanjut
Tempat adalah TERHAD
Borang pra pendaftaran ini akan ditutup/ tidak dapat di akses apabila telah penuh penyertaan.
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! (Tiada bayaran dikenakan bagi penyertaan program ini)
Pendaftaran secara dalam talian melalui pautan: https://forms.gle/itXk5CKheshqQwJH7
P/s Tertakluk kepada syarat dan kelayakan penyertaan yang mana peserta terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program.
Membina keyakinan dan kemahiran, JBSN Bersama
#TeamKBS
#TeamJBSNPP
#JBSNBersama
#KLASRENANG
#MALAYSIAMADANI
