- JBS Penang
- Hits: 23
Mesyuarat Penyelarasan Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026
- JBS Penang
- Hits: 23
Bukit Mertajam, 4 Mei 2026 - Mesyuarat Penyelarasan Semarak Belia @ Hari Belia Negara (SB@HBN) 2026 telah berlangsung dengan penuh semangat di Bilik Mesyuarat SMK Penanti hari ini.
Semua pihak turun padang — agensi, rakan strategik & wakil belia — masing-masing bagi komitmen padu untuk pastikan program kali ni lagi gempak, lagi padat & lagi berimpak!
Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak Belia@Hari Belia Negara (SB@HBN) Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah;
Dipengerusikan. oleh: Tuan Anuar Bin Rahim- Pengetua SMK Penanti. Turit hadir bersama Puan Mazlina Binti Maming - Peg Belia dan Sukan Daerah SPT, En Abdul Samad Bin Abdul Nizar- Timbalan YDP 1- Majlis Belia Daerah SPT
Kehadiran Agensi: ATM, AADK Daerah SPT, Pej Penerangan Daerah SPT, Pejabat Kesihatan Daerah SPT, IKTBN Bukit Mertajam dan IbuPejabat PDRM Daerah SPT
Banyak idea yang mantap telah dibincangkan — dari aktiviti belia, program santai sampai ke pengisian berimpak tinggi yang confirm buat korang tidak akan lepas peluang
Stay tuned… ini baru permulaan
Yang pasti, Semarak Belia SPT 2026 bakal jadi luar biasa!
#SemarakBelia
#HariBeliaNegara
#BeliaSPT
#AnakMudaBangkit
#yakinboleh
#mbdspt
#jbsnpp
