- JBS Penang
- Hits: 26
Kunjung Hormat PBSD SPT Ke Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah
- JBS Penang
- Hits: 26
Bukit Mertajam, 30 April 2026 | Khamis - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, Pn. Mazlina Binti Maming telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah sebagai langkah memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan pelaksanaan program pembangunan sukan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) khususnya dalam usaha mengenalpasti bakat asas, menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti sukan serta mencungkil potensi baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Selain itu, inisiatif ini juga diharap dapat menyuntik semangat dan keyakinan kepada golongan OKU untuk terus aktif serta berani menyertai pelbagai kejohanan sukan pada masa hadapan.
#PBSDSPT
#KunjungHormat
#PembangunanSukanOKU
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
