- JBS Penang
- Hits: 22
Lawatan Tapak Projek Pembangunan Kementerian Belia Dan Sukan (KBS)
- JBS Penang
- Hits: 22
Permatang Pauh, 24 Februari 2026 (Selasa) – Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau cadangan pelaksanaan Projek Menaik Taraf Gelanggang Futsal di Taman Seri Akasia, Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Lawatan ini bertujuan untuk melihat keadaan semasa gelanggang serta membuat penilaian awal sebelum kerja-kerja menaik taraf dilaksanakan. Ia juga bagi memastikan perancangan projek berjalan lancar dan memenuhi keperluan komuniti setempat, khususnya golongan belia.
Diharapkan projek yang dirancang ini dapat direalisasikan dengan baik dan seterusnya menyediakan kemudahan sukan yang lebih selesa, selamat dan berkualiti kepada penduduk sekitar.
Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
