Program Sihat Warga Emas Daerah SPU 2026

Kepala Batas, 29 Mei 2026 - Program Sihat Warga Emas Daerah SPU 2026 telah dianjurkan dengan jayanya oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPU dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPU. 

Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh 50 orang warga emas dan belia. Seterusnya, sesi bersama Pegawai Psikologi JKMNPP. Demo Senaman Wai Tan Kung oleh warga emas PAWE Kepala Batas menyerikan lagi majlis perasmian. 

Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Mohamad Zarir bin Mohamad Khozali, Penyelaras Komuniti Negeri, JKM Negeri Pulau Pinang. Turut hadir pada majlis perasmian adalah Puan Nur Aliya Nashrah binti Mohd Sabir, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah SPU, Dato’ Hjh. Jumabi binti Mohamad, Penyelaras Daerah SPU bagi Program Khidmat Bantu di Rumah serta Pn. Siti Safura binti Noorsah, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU. 

Diharapkan kerjasama erat sebegini dapat diteruskan pada program-program yang akan datang. 

#pbsdspu 
#pkmdspu 
#jbsnpp 
#jkmpp 
#jbsnegara 
#kbsmalaysia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search