- JBS Penang
- Hits: 22
Sambutan Semarak Belia@Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Timur Laut
- JBS Penang
- Hits: 22
13 Mei 2026 (Ayer Itam) : Sambutan Semarak Belia@Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Timur Laut telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2026 bertempat di SMK Ayer Itam. Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan sambutan Hari Belia Negara serta menghargai peranan golongan belia sebagai aset penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Timur Laut dengan Kerjasam Majlis Belia Daerah Timur Laut dan SMK Ayer Itam.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Baharuddin Bin Hashim (Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut. Turut hadir bersama adalah Yang Berhormat Joseph Ng Soon Siang, ADUN Ayer Itam, En. Nasrizal Bin Nasib (Penghulu kawasan KADUN Ayer Itam dan Paya Terubong), En. Rames A/L Kali (Pengetua SMK Ayer Itam), En. Mohd Ibrahim Bin Mohd (Pen. Pegawai Belia dan Sukan Timur Laut), Inspektor Morgan (Ketua Balai Polis Ayer Itam), En. Vincent Tan Chor Lim (Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang), dan En. Ong Choon Keat (Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Timur Laut).
Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program, melibatkan penyertaan pelajar sekolah, agensi kerajaan, pertubuhan belia serta komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pameran agensi, pertandingan, persembahan pentas, sesi interaktif dan aktiviti riadah yang berjaya menarik minat para peserta.
Terima kasih diucapkan kepada Antara agensi yang terlibat iaitu dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, NADI Ayer Itam, AADK Timur Laut, Kolej Komuniti Bayan baru dan pameran dari Rakan Muda.
Secara keseluruhannya, Sambutan Semarak Belia@Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Timur Laut berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberi impak positif kepada golongan belia melalui pengisian program yang bermanfaat, santai dan berinformasi. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan belia yang aktif, berdaya saing dan berwawasan.
#semarakbelia2026
#mengerakbelia
#haribelianegara2026
#pbsdtl
