- JBS Penang
- Hits: 38
Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Timur Laut 2026
- JBS Penang
- Hits: 38
Gelugor, 9 Mei 2026 (Sabtu) - Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban Pulau Pinang. Telah berlangsung Program Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Timur Laut 2026 dengan kerjasama Kelab Bola Jaring Mutiara dan Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tanjung. Antara acara yang dipertandingkan adalah Bola Tampar, Bola Jaring dan Futsal. Permainan berjalan dengan baik melalui semangat kesukanan yang tinggi dikalangan para peserta.
Pemenang Johan dan Naib Johan bagi setiap acara yang dipertandingkan akan mewakili Daerah Timur Laut ke Kejohanan LSK Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 yang dijangka akan dijalankan pada awal bulan Julai 2026.
Tahniah buat para pemenang dan semua Pasukan, Pengadil, Teknikal, Sukarelawan dan Petugas Keselamatan, petugas kecemasan serta individu yang menjayakan LSK Timur Laut 2026.
Futsal
Johan - Pasukan GCB X KBTTS
Naib Johan - Pasukan SPRM Penang
Ketiga Bersama - Pasukan I4P FC & Vista Lavista
Bola Jaring -
Johan - Pasukan Chempaka
Naib Johan - Pasukan The Last Minute
Ketiga bersama- Pasukan Thunder Net & Pasukan Eagle A
Bola Tampar
Johan - Pasukan Aby Iconic
Naib Johan - Pasukan ItikAye FC
Ketiga Bersama - Pasukan Control +V & Pasukan XBLT
Majulah Sukan Demi Negara.
#JBSNKomited
#MADANIBekerja
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamKBS
#TaatSetia
