- JBS Penang
- Hits: 12
Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak Belia @ HBN Peringkat Daerah SPU 2026
- JBS Penang
- Hits: 12
Kepala Batas, 4 Mei 2026 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Semarak Belia @ HBN Peringkat Daerah SPU 2026 telah diadakan di ADTEC JTM Kampus Kepala Batas. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Rohani binti Mat Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia, mewakili Pengarah ADTEC JTM Kampus Kepala Batas.
Mesyuarat membincangkan berkaitan penyelarasan akhir bagi pelaksanaan program yang akan diadakan pada 15 Mei 2026 di ADTEC JTM Kampus Kepala Batas. Pengisian aktiviti adalah merangkumi 3 segmen iaitu Segmen Malaysia Aktif, Segmen Penciptaan dan Peluang Pekerjaan dan Segmen Kepimpinan dan Kesukarelawanan.
Mesyuarat dihadiri oleh En. Mohd. Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU, En. Muhammad Syatir bin Zulkefflie, YDP Majlis Belia Daerah SPU, para pegawai ADTEC JTM Kampus Kepala Batas, dan barisan jawatankuasa MBD SPU.
Ahli mesyuarat melawat lokasi aktiviti seusai mesyuarat.
“MENGGERAK BELIA”
#hbnspu2026
#pbsdspu
#mbdspu
#jbspenang
#jbsnegara
#kbsmalaysia
