Kunjung Hormat Pegawai Belia Dan Sukan Daerah SPU kepada Pegawai Daerah SPU

Kepala Batas, 4 Mei 2026 - Pada 29 April 2026, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU, En. Mohd Khairan bin Hj. Azhar telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas Pegawai Daerah SPU, Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri di Pejabat Daerah dan Tanah Daerah SPU. 

Pelbagai isu, cabaran dan cadangan penambahbaikan telah dibincangkan dalam perjumpaan tersebut yang membabitkan pembagunan dan kesejahteraan generasi belia di Daerah Seberang Perai Utara khususnya. Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan transformasi dalam penyampaian perkhidmatan yang selari dengan era digital. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Mohd Hafiz Aswad bin Nadzri atas kesudian menerima kunjungan hormat dari Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU. Diharapkan segala yang dibincangkan dapat direalisasikan pada masa akan datang. 

PBSD SPU komited dalam memenuhi cabaran era digitalisasi untuk pembangunan generasi belia di Daerah SPU. 

#pbsdspu 
#jbsnpp
#jbsnegara 
#kbsmalaysia

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search