Program Pengenalan Sukan Baharu: Digital Dodgeball 2026

Bukit Mertajam, 4 Mei 2026 - Program Pengenalan Sukan Baharu : Digital Dodgeball 2026, telah berjaya dilaksanakan pada 2 Mei 2026 (Sabtu) bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam.

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) ini bertujuan memperkenalkan sukan baharu berasaskan teknologi kepada masyarakat khususnya golongan belia selaras dengan perkembangan sukan moden masa kini.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan konsep permainan Digital Dodgeball, demonstrasi penggunaan peralatan serta sesi interaktif yang memberi pengalaman baharu dan menyeronokkan kepada semua yang hadir.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Vincent Tan Chor Lim Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang. Turut hadir ialah En Muhamad Hafizi Bin Ahmad Zaini ,Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang serta Pn Mazlina Binti Maming,Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah

Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat terus memperluaskan penglibatan belia dalam aktiviti sukan yang inovatif, aktif dan berdaya saing.

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search