Kunjungan Hormat Wakil Pemimpin Komuniti ke Pejabar Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah

Bukit Mertajam, 4 Mei 2026 - Pada 30 April 2026 | Khamis | 10.00 pagi, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah hari ini telah menerima kunjung hormat daripada wakil pemimpin komuniti dan belia yang terdiri daripada Encik Ong Jing Cheng, Encik Abshar Nurasyraf bin Amram, Pengerusi JBPP Dun Machang Bubuk, dan Cik Anis yang mewakil belia dari Machang Bubuk.

Kunjungan hormat ini diadakan bagi mengeratkan hubungan strategik antara kepimpinan komuniti, terutama bersama kelab/ persatuan yg sedia ada di Machang Bubuk bersama agensi kerajaan dalam memperkasakan agenda pembangunan belia di daerah ini. Sesi pertemuan turut menjadi platform perbincangan berkaitan usaha memperluas penglibatan belia dalam program kesukarelawanan, pembangunan kepimpinan, sukan komuniti serta aktiviti sosial yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

Selain itu, beberapa cadangan penubuhan kelab bekia dan sukan yg baru dan memperkasakan yang sedia ada, serta kerjasama melibatkan penganjuran program belia dan sukan di kawasan Machang Bubuk dan Bukit Mertajam turut dibincangkan bagi memastikan penyertaan golongan muda dapat terus dipertingkatkan secara menyeluruh.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah amat mengalu-alukan jalinan kerjasama seumpama ini sebagai satu langkah positif ke arah melahirkan komuniti belia yang aktif, progresif dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan belia negeri dan negara.

#PejabatBeliaDanSukanSPT
#KunjungHormat
#PembangunanBelia
#BeliaSejahtera
#SukanKomuniti

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search