- JBS Penang
- Hits: 22
Perbincangan bersama pihak sekolah untuk Semarak Hari Belia TL
- JBS Penang
- Hits: 22
Ayer Itam, 30 April 2026 - Pada 28 April 2026 (Air Itam) : Selesai perbincangan bersama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam, telah berlangsung dengan penuh komitmen dan semangat kerjasama, bagi merancang serta memperincikan pelaksanaan program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Timur Laut 2026 yang dijadualkan akan berlangsung pada 13 Mei 2026 di SMK Air Itam.
Sesi ini memberi tumpuan kepada usaha memperkasa penglibatan belia, mencetuskan idea-idea kreatif, serta memastikan setiap perancangan berjalan lancar, tersusun dan memberi impak positif kepada belia setempat. Kolaborasi ini diharapkan mampu menyemarakkan lagi semangat kesukarelawanan, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan belia.
Turut hadir bagi membincang perkara tersebut adalah Encik Ebenezer A/L Victor Nimbalker (Pegawai Belia dan Sukan Timur Laut), Tuan Rames A/L Kali (Pengetua SMK Air Itam), Encik Ong Choon Keat (Pengerusi Majlis Belia Daerah Timur Laut), Puan Nurhalina Binti Hashim (PK Kokurikulum) dan Datin Saida Banu Binti P Kder Mydin (PK Pentadbiran).
#HBN
#semarakbelia
#mengerakbelia
