- JBS Penang
- Hits: 61
Sesi Perbincangan Program Rythm – Ritma Kehidupan Harmoni, Program Sukarelawan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (Jkm), Kementerian Belia Dan Sukan (Kbs), Dan Kementerian Pengajian Tinggi (Kpt): Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan
- JBS Penang
- Hits: 61
Kepala Batas, 28 April 2026 - Satu Sesi Perbincangan program telah diadakan di antara Para Pegawai Unit Komuniti dan Warga Emas, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah SPU bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU, Encik Mohd Khairan bin Hj Azhar. Sesi Perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat PBSD SPU dan turut hadir sama ialah Puan Siti Safura binti Noorsah, Pegawai Unit Rakan Muda PBSDSPU.
Antara intipati perbincangan adalah berkaitan kerjasama bagi pelaksanaan program tersebut yang direncanakan pada 13 Mei 2026 di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Sungai Dua. Sesi perbincangan berjalan lancar dan pihak PBSD SPU berbesar hati untuk memberi komitmen terbaik sekiranya tiada sebarang kekangan memandangkan tarikh tersebut adalah dalam tempoh pelaksanaan Semarak Belia @ HBN Peringkat Daerah SPU 2026.
PBSDSPU sentiasa menyokong dan komited dalam kerjasama program rentas kementerian🫡
#pbsdspu
#jbspenang
#jbsnegara
#kbsmalaysia
