- JBS Penang
- Hits: 25
Sesi Perbincangan Program Semarak Belia @HBN Peringkat Daerah SPU 2026
- JBS Penang
- Hits: 25
Kepala Batas, 27 April 20026 - Pada 25 April 2026 (Sabtu), PBSD SPU bersama Majlis Belia Daerah SPU telah mengadakan satu Sesi Perbincangan pelaksanaan Program Semarak Belia @ HBN Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2026. Sesi Perbincangan diadakan secara santai di Nash Bistro Kepala Batas.
Antara intipati perbincangan adalah berkaitan pengisian aktiviti mengikut segmen, senarai rakan strategik dan senarai jemputan. Majlis Belia Daerah SPU komited untuk bersama-sama PBSDSPU dalam melaksanakan dan menjayakan Program Semarak Belia @ HBN Peringkat Daerah Seberang Perai Utara 2026.
Sesi perbincangan dihadiri oleh En. Mohd Khairan bin Hj. Azhar, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU, Pn. Siti Safura binti Noorsah, Pen. Peg. Belia dan Sukan Daerah SPU, Cik Nur Athirah Sahira binti Sariza, Naib Yang Dipertua 1 MBDSPU, En. Mohamad Azhari bin Rahim, Setiausaha MBDSPU dan En. Mohamad Amirizzuddin Asyraf bin Mohamad Azhar, Exco MBDSPU.
Jom kita “MENGGERAK BELIA” 💪🏻
#mbdspu
#pbsdspu
#hbn2026
#jbspenang
#jbsnegara
#kbsmalaysia
