Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026

Bukit Mertajam, 27 April 2026 - Pada 25 April 2026 bertempat di Taman Rimba Bukit Mertajam menjadi saksi kepada semangat kesukarelawanan belia apabila lebih 500 peserta menyertai Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026 yang berlangsung dengan penuh meriah dan berimpak tinggi.

Program anjuran ini menzahirkan komitmen berterusan dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta membudayakan gaya hidup lestari dalam kalangan belia. Pelaksanaan secara santai namun berstruktur berjaya menarik penyertaan aktif pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus mengukuhkan semangat kerjasama komuniti.

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dijalankan sepanjang program, antaranya Hiking & Plogging, aktiviti komuniti seperti mengecat serta membersihkan fasiliti rekreasi dan kemudahan awam, selain aktiviti utama penanaman pokok pinang sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran jemputan VIP iaitu:

Puan Rasyiffa’ Hayati Binti Rasidan, Timbalan Pengarah Perhutanan, Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
En. Muhamad Hafizi Bin Ahmad Zaini, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
En. Edry Faizal Bin Eddy Yusof, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang

Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan, Majlis Bandaraya Seberang Perai dan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, membuktikan bahawa sinergi antara agensi mampu melahirkan impak besar kepada komuniti dan alam sekitar.

Inisiatif ini bukan sahaja memperkasa belia sebagai agen perubahan, malah menyemai nilai keprihatinan, tanggungjawab sosial serta kepimpinan dalam usaha menjaga bumi untuk generasi akan datang.  

#KBSMalaysia #JBSNKomited #JBSNegara #rakanmuda #TaatSetia #teamKBS #kbsmalaysia #KBS #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search