- JBS Penang
- Hits: 51
Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Tahun 2026
- JBS Penang
- Hits: 51
Bukit Mertajam, 23 April – Satu Mesyuarat Penyelarasan Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Tahun 2026 telah berjaya diadakan bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Mazlina Binti Maming, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Encik Syakir Bin Saffaruddin selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bukit Mertajam, Puan Azede Nor Sura Azimah binti Abdul Rahman selaku Urusetia dan Teknikal Sukan Bola Jaring, Encik Mohd Shamer Bin Mushaker selaku Urusetia dan Teknikal Sukan Bola Tampar, Encik Abdul Ghaffar Bin Pk Hoosen selaku Presiden Kelab Futsal Jalan Mengkuang serta Puan Sa’adiah Binti Md Salleh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah.
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk penyelarasan teknikal pertandingan bagi acara bola tampar, bola jaring dan futsal, pembahagian tugas urusetia serta persiapan awal menjelang kejohanan.
Pihak penganjur berharap agar melalui mesyuarat ini, segala aspek pengurusan Liga Sukan Komuniti SPT 2026 dapat diperkemas seterusnya menjamin kelancaran pelaksanaan program serta memberi impak positif kepada pembangunan sukan komuniti di daerah ini.
Kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat amat dihargai dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
#lskspt2026 #pbsdspt #jbspenang #kbsmalaysia
