Kunjungan Presiden Balik Pulau Netball Club Ke PBSD Barat Daya

Gelugor, 23 April 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya hari ini menerima kunjungan daripada Presiden Balik Pulau Netball Club, Pn. Haniza bagi sesi perbincangan bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhammad Daniel bin Haris Nasation dan Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Barat Daya, En. Muhamad Fahim bin Suhaimi.

Pertemuan ini memberi fokus kepada perbincangan teknikal penganjuran Liga Sukan Komuniti Peringkat Daerah Barat Daya 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2026. Antara perkara yang dibincangkan termasuk aspek penyelarasan pertandingan, pengurusan pasukan serta pelaksanaan program yang lebih tersusun dan berimpak kepada komuniti setempat.

Selain itu, pihak kelab turut mendapatkan penerangan lanjut berkaitan permohonan Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan, sebagai usaha memperkukuh penglibatan serta pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

Diharapkan kerjasama ini dapat memastikan penganjuran liga berjalan lancar serta memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam memperkasakan sukan bola jaring di daerah Barat Daya.

#TeamPBSDBaratDaya #JBSNKomited #MalaysiaAktif #rakanmuda #LigaSukanKomuniti #MalaysiaMadani #balikpulau #netball #bolajaring

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search