Selamat Maju Jaya Encik Imran Syafik Bin Ahmad

Gelugor, 13 April 2026 - Hari yang penuh bermakna di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBSNPP) hari ini. Kami secara rasminya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mantan Timbalan Pengarah kami, Encik Imran Syafik Bin Ahmad, di atas segala jasa, khidmat bakti dan dedikasi yang tidak terhingga sepanjang berkhidmat di Pulau Mutiara.

Sebagai tanda kenangan dan pengakhiran tugas secara simbolik, En. Imran telah melakukan imbasan ibu jari (thumbprint) buat kali terakhir di pejabat hari ini. Momen yang cukup menyentuh hati buat kami semua.

Seluruh warga JBSNPP mendoakan kecemerlangan dan kejayaan berterusan buat beliau yang akan memulakan tugas baharu di Kolej Komuniti Langkawi, Kedah. Doa kami sentiasa mengiringi setiap langkah tuan!

Serentak dengan itu, kami dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan Encik Mohd Nadzri Bin Khairuddin yang telah menerima amanah sebagai Timbalan Pengarah JBSNPP yang baharu. Majlis penyerahan tugas telah berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat kekeluargaan.

Semoga legasi kecemerlangan JBSNPP terus dipertingkatkan!

#JBSNPP #BeliaPP #SukanPP #TerimaKasihImranSyafik #SelamatDatangEnNadzri #KBS #KakitanganKBS #Langkawicalling #HargaiPerkhidmatan

Image
Jalan Sultan Azlan Shah
11700 Gelugor
Pulau Pinang
Tel : 04-6554444 | Fax : 04-6574444

http://www.jbsn.gov.my/jbs-penang

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search