- JBS Penang
- Hits: 11
Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan SRM Kolej Komuniti Kepala Batas
- JBS Penang
- Hits: 11
Kepala Batas, 22 April 2026 - Pada 10 April 2026, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan SRM Kolej Komuniti Kepala Batas. Penyerahan Sijil Pengesahan Penubuhan Sekretariat Rakan Muda (SRM) Kolej Komuniti Kepala Batas telah disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang, Encik Shuhaimi bin Samanol.
Turut hadir Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang iaitu En. Abd Hamid Bin Haji Mohd Yassin serta En. Joni bin Abd Jamma bersama-sama pegawai-pegawai Kolej Komuniti Kepala Batas.
Mesyuarat ini diadakan sebagai simbolik pengiktirafan rasmi terhadap penubuhan Sekretariat Rakan Muda di Kolej Komuniti Kepala Batas, sekali gus memperkukuh peranan institusi dalam memperkasa penglibatan belia melalui platform Rakan Muda.
Diharapkan dengan penubuhan SRM ini, lebih banyak program pembangunan belia dapat dilaksanakan secara holistik, berimpak tinggi serta memberi manfaat kepada mahasiswa dan komuniti setempat.
#KBS
#JBSN
#JBSNPP
#RakanMuda
#SRM
